Islamic Widget

Sabtu, 23 Julai 2011

Fahamilah PerbuatanNya..


Fahamilah PerbuatanNya.. - sekadar renungan

Orang yang tidak kenal Tuhan,
Orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya

Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasaNya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahgunakan kuasanya

Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaanNya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmuNya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang mempunyai ilmu itu,
Dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmuNya pada orang itu

Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu
Padahal Tuhan hendak memperlihatkan anugerahNya 

Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepadaNya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan

Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu, mungkin berputus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak bertahan selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita dan putus asa

Oleh itu kenalilah Tuhan,
Fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita fahami

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
kebenaran dan mereka tiada dianiaya “. (Surah Al Mu’minun ;
“Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan  62 )


.

Jumaat, 1 Julai 2011

Pandangan mengenai perhimpunan BERSIH 2.0


Assalamualaikum............ 

   Malam ini aku ingin berkongsi sedikit info dan pandangan aku tentang isu yang paling hangat di dada-dada akhbar dan juga media massa tempatan hari ini adalah pastinya tentang isu Bersih yang akan turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai yang akan datang. Pastinya apa yang ingin aku kongsikan di sini tidaklah mahu sama ada menyokong mahupun tidak menyokong perhimpunan ini daripada diteruskan. Cuma mahu berkongsi sedikit info dan pandangan dalam isu ini melalui konteks ilmiah dan agama kita.

  Secara amnya, Bersih 2.0 diadakan untuk menuntut 8 perkara utama iaitu:

a) bersihkan senarai undi.
b) reformasi undi pos.
c) gunakan dakwat kekal.
d) akses media yang bebas dan adil.
e) tempoh berkempen minimum 21 hari.
f) perkukuh institusi awam.
g) hentikan rasuah
h) hentikan politik kotor.


    Secara kasarnya, bagi aku tuntutan-tuntutan di atas yang mahu diserahkan kepada Suruhanja Pilihanraya adalah sangat baik dan amat mendukung sistem demokrasi yang negara kita amalkan. Cuma yang menjadi persoalan yang masih belum terungkai adalah mengapa di jalanan? 

  Aku telah membuat sedikit kajian tentang undang-undang perlembagaan Malaysia tentang isu ini.(sumber carian google)  Apabila melibatkan isu berhimpun, maka Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan mesti diambil kira. Mengikut secara kasarnya, Artikel 10 menerangkan bahawa setiap rakyat Malaysia bebas untuk mempunyai hak berhimpun secara aman.Dan isu baru yang akan timbul di sebelah pihak yang menentang perhimpunan ini adalah adakah perhimpunan 9 Julai ini aman .
Artikel 10(1)
§  (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
§  (b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;
§  (c) all citizens have the right to form associations.

 (sumber daripada Google)

   Dan kalau dilihat daripada peruntukan di atas terma "peaceably" itu yang menjadi pertikaian dalam pendefinisian. Menurut Artikel 10(2) pula, Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan hak dan kuasa Parlimen yang pastinya adalah kumpulan eksekutif untuk menafikan hak-hak ini jika khuatir ianya melibatkan keselamatan Persekutuan.


Parliament may by law impose-
(b) on the right conferred by paragraph (b) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, or public order;

   Dari sudut undang-undang sivil negara kita, larangan berhimpun tanpa permit ini termaktub dalam Akta Polis 1967 (Akta 334) di bawah Seksyen 27 (2) yang menetapkan bahawa adalah disyaratkan bagi mana-mana kumpulan untuk mendapatkan lesen untuk berhimpun dan Seksyen 27 (5) yang menyatakan adalah menjadi satu kesalahan untuk berhimpun tanpa lesen.
  
 Walaupun undang-undang dan ketetapan yang diambil oleh pihak pemerintah ini ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia.


   Jadi isu ini amat menarik untuk dibincangkan dalam dunia akademik kerana ia melibatkan dua perspektif yang berbeza dalam peruntukan Artikel 10 yang sama.


 itu dari sudut pandangan undang-undang pelembagaan..........dari sudut agama terdapat pandangan yang berbeza-beza mengenai demonstrasi atau perhimpunan ini.
 

  Sebenarnya tidak ada nas yang qati’e (muktamad) samada dari al Quran atau hadith-hadith shahih yang mengharuskan atau mengharamkan berdemonstrasi tetapi Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:

“Agama itu adalah nasihat”. Kami (Sahabat) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”.[Hadith Riwayat Muslim]

Dan sabda Nabi s.a.w bermaksud :

 “Jihad yang afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Hadith Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadithnya shahih]

   Nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Surah Taha: 43-44]

walaupun Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada pemerintah Islam.

Sabda Nabi s.a.w:  
“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Hadith ini menjelaskan mengenai kewajipan menasihati pemerintah dan melakukannya dengan cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:

“Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina Sultan Allah di bumi maka Allah akan menghinanya”.[Hadith Riwayat al-Tirmizi, shahih]

  Oleh itu, jelas sekali dalam pandangan agama, perbuatan berdemonstrasi dan bantahan jalanan terhadap pemerintah yang zalim sekalipun adalah maksiat dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata.

 
pada pandangan aku sebagai seorang pelajar,tuntutan yang dituntut Bersih adalah benar.kerana 
pentingnya keadilan,ketelusan dan bertanggungjawabpan sesebuah pilihanraya untuk memastikan pihak yang dipilih adalah benar-benar layak dan bertangungjawab dalam memimpin dan melaksanakan dasar negara Malaysia untuk memastikan hak setiap rakyat terjaga dengan seadil-adilnya , malah Islam amat menitik beratkan bahawa setiap pemimpin yang dipilih adalah pihak yang benar-benar layak .ia bersandarkan firman Allah di Surah An Nisaa' ayat 58 iaitu  ;
 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat...
 tetapi tuntutan itu seharusnya dituntut bukan dengan cara berhimpun dan bedemonstrasi dijalanan tetapi dengan amar makruf nhi mungkar termasuk dengan pemerintah dengan cara yang tepat dan benar.bagi aku,walaupun tuntutan BERSIH itu baik....tetapi bagi aku mereka juga ada agenda tesendiri seperti mahu menimbulkan fitnah dan kekeacauan alam masyarakat,mewujudkan persepsi negatif dunia luar dan mengalih masalah peribadi pemimpin mereka.............................................


Wasalam.........( sekadar pandangan dan perkongsian)