Islamic Widget

Khamis, 8 Disember 2011


Tsunami%2B01 Apa Hikmah Apabila Bulan Menghampiri Bumi

Bulan adalah tanda Nur Nabi SAW dan seperti yang di sebut dalam lebih 200 hadis Sahih Nabi SAW- akan tiba kedatangan Imam Mahdi (AS) Cucunda Nabi SAW – Bernama Muhamad ayahnya Abdullah Ibunya Aminah.
Di zaman akhir ini ianya adalah simbol muncul nya Imam Mahdi (AS).


“Sesiapa yang tidak percaya kepada Dajjal mereka akan kafir dan sesiapa yang tidak percaya pada Imam Mahdi mereka akan kafir”. ( Maksud Hadis).


Ketibaan Imam Mahdi (AS) di ambang pintu dunia – di nyatakan atau di khabarkan oleh Bulan yang akan menjelma 50,000 Km lebih dekat ke arah bumi.
Dan akan berlakunya segala bencana telah pun di sebut dalam banyak hadis -hadis sahih sejak 1,432 tahun lalu. Wahabi telah meringkaskan perkara-perkara tersebut dari pandangan orang-orang ISLAM.


Hanya Wali-Wali Allah SWT Sahaja yang mengetahui segala kebenaran ini dan di ILHAMkan kepada mereka.
Ketibaan Imam Mahdi ada 111 Tanda dan kebanyakan tanda -tanda telah pun muncul yang berlaku baru-baru ini adalah:


Kejatuhan semua pemimpin2 zalim di timur tengah memberi laluan kedatangan Imam Mahdi (AS). Dan memberi kebangkitan Nafas Baru pemimpin2 yang akan membantu Imam Mahdi (AS) pejuang Islam yang sebenar.
Keadaan Tsunami di Jepun dan Malapetaka di seluruh Dunia.

Tsunami di Aceh memperkenalkan satu kebangkitan Ummah yang baru membantu agama Allah SWT.
Banjir Di Pakistan bulan Ramadhan 2010.


Dan 313 kejadian yang bakal akan berlaku di seluruh Dunia



-kebanyakan kepada Negara2 yang Zalim dan Yang Memusuhi Agama Allah SWT .
Dan membuktikan Kedatangan Nabi ISA(AS) dalam masa yang terlalu dekat.

Dajjal telah pun bersiap sedia untuk muncul dengan sepenuhnya dengan lengkapnya. Dajjal-dajjal kecil yang 40 iaitu sai baba ( yang mengaku dirinya Tuhan).Dajjal yang 41 adalah Dajjal yang ASLI – sebelum ini adalah Dajjal in the Making” 



Fenomena bulan semakin menghampiri bumi , saintis dunia meramalkan keadaan cuaca dunia tidak menentu atau sukar diramal.
Malah santis dan ahli astronomi meramalkan dunia akan berlaku ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi didaratan dan dilautan serta pelbagai kejadian yang sukar diramal.


FIKIR FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DIDUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.


Terbaru gempa bumi berskala 9.0 megatidu sehingga berlaku tsunami di Jepun.Lihatlah dengan matahati jangan lihat dengan mata......

leoz Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk ISLAM                  2i0t2di Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk ISLAM


   Menurut Zagami, Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 (mungkin juga 2013) dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan bahawa mereka berperang melawan pengganas serta akan menghancurkan perekonomian dunia.


   Zagami yang berasal daripada keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun 2008 telah menukar agama asalnya kepada Islam sebagai agama baru. Kemudian beliau nekad untuk melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih berkhidmat sebagai anggota keluarga Illuminati, beliau mempunyai banyak pengalaman mengikuti pelbagai ritual yang menakutkan, upacara black magic (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan lodge tertutup.
  
 Sekarang, pada setiap hari Sabtu, beliau menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions. Beliau menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan ketat, beliau juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab pelbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut. Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukanlah main-main, tegasnya, Hal tersebut disampaikannya pada 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara.
   
“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri. Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit menentang Illuminati dan mempertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambil alih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Syaitan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Disember 2012.“Mulai tahun 2010, anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012, anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri, akan terjadinya ‘penazian‘ negara-negara Barat pada tahun 2010. Sebelum itu, ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya (sudah berlaku-Greece, Sepanyol, Itali mengalami kejatuhan ekonomi yang sangat teruk) akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu perang saudara.”
“Apakah anda bersedia mati untuk Allah SWT dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, atau adakah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan (al-Wahn), atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”


   Leo Zagami ialah mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico – Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo. Beliau juga adalah anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Lodge P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia juga adalah seorang ‘pemimpin’ yang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan Illuminati daripada ‘raja’ Licio Gelli yang kini sudah tua.
Illuminati adalah seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.


‘Pementasan Teater’ karya Illuminati


Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global yang dikendalikan oleh tangan-tangan manusia bodoh, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer (golongan Freemason, Illuminati dll).

Bush%252BHosts%252BObama%252BFormer%252BPresidents%252BWhite%252BHouse%252B0JX8RS1fjKnl Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk ISLAM
 Presiden dan mantan Presiden Amerika Syarikat
2009 04 21 ObamaChavez Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk ISLAM
Barack Obama berjabat tangan dengan Hugo Chavez
   Jelas Zagami, golongan tersebut bekerja bersama-sama, dan ini termasuk Hugo Chavez (Presiden Vanuzuela) yang dengan bersungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda kepimpinan Amerika Syarikat dengan penampilan ‘theatrical‘ nya. Hugo Chavez dikendalikan oleh Vatican yang sekarang ini telah dipengaruhi oleh Jesuit dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemimpin kerajaan dan agama lain di dunia.“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama diperingkat atas hanya untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] telah diciptakan oleh Zionis dan British secara zahirnya dan oleh Freemason batinnya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga yang berada dibelakang kepimpinan Iran dan Iraq. Semuanya hanyalah satu sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad dikenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”. Tidak hairanlah jika puak Sunni di Iran telah di seksa oleh kepimpinan Syiah Iran, lebih teruk daripada bangkai binatang.

   Beliau juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga pada hakikatnya dikendalikan oleh Illuminati. Ini terbukti apabila Karl Mark yakni pengasas ideologi komunis sebenarnya adalah salah seorang ahli Freemason.Zagami juga mencabar bekas rakan-rakannya yang merupakan anggota Freemason/Illuminati dan pengamal sihir hitam, untuk berdialog secara terbuka. Bagi menguasai rakyat disegenap pelusuk, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya, selalunya akan dibantu dengan sorcery dan sihir hitam. Mereka mempelajari ilmu sihir sembahan syaitan ini daripada para guru di Rome yang diambil ilmunya pula dari Yunani, Mesir, dan Sumeria. Mereka tidak pernah berhenti melakukan penipuan berterusan terhadap umat manusia.


   Beliau juga menyatakan bahawa George W. Bush adalah anak ‘orang paling berkuasa’ dalam Illuminati dan dia telah dididik oleh ayahnya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican dan Zionist, tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati sama ada mereka menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pengasas Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran (perang saraf) CIA adalah teman rapat George H. Bush. Mereka bersama-sama menyusun rencana untuk menjadikan anak George H Bush iaitu George W. Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya ‘era Dajjal’ selepasn trajedi 11 September 2001. Trajedi tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup lagi.


“Ketika ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam (melalui mazhab Wahabi yang berjaya jatuhkan Turki Uthmaniyah klik di sini), Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, Knight Templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni juga sangat mustahil untuk dilakukan.”


FourthReichOffTheRich protocol no5 Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk ISLAM
Protokol Jesuit

   Leo Zagami menganggap dirinya sebagai “the last idealist in the Illuminati.” Beliau juga mengakui bahawa beliau memimpin satu pemberontakkan umat manusia terhadap Illuminati dan telah memperolehi sokongan padu daripada rakan-rakannya yang lain yang turut sedar akan bahayanya Illuminati, Freemason, Skull and Bones, Jesuit, Bohemian dll.
ZagamiLeo4 Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk ISLAM
Leo Zagami bergaya diatas lambang The Key to Kingdom of Heaven
   Adalah penuh harapan dalam situasi seperti sekarang ini munculnya seorang yang berani dan seperti Leo Zagami. Ingatlah, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi penyelamat keadaan. Umpama mereka menghantar satu virus seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai negara pembekal vaksin. Contoh lain, adalah seperti Hitler yang telah berjaya menjebakkan rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Beliau jugalah yang menjadi hero sebahagian rakyat Jerman.

Isnin, 14 November 2011

Ujian dan Dugaan: Tanda Allah Sayang


Description: C:\Users\User\Documents\Downloads\TanahRuntuh pic1 20.08.10.jpg
Description: C:\Users\User\Documents\Downloads\laut-1.jpg

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai
البلاء (bala) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. 

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. manakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3].

Rasulullah SAW menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith  Rasulullah SAW bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. 
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah SWT serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;


أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)


setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.


Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah . Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah 

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]




Sabtu, 12 November 2011

wujudnya dia......




Assalamualaikum...........



Dengan membinasakan yang ujud menjadikan yang wujud hanya Dia.
Dengan melenyapkan yang zahir menjadikan yang terzahir hanya satu dalam keesaan Dia.
Dengan mematikan yang hidup menjadikan yang hidup kekal dalam kebaqaan Dia.
Untuk mengenal Dia dengan cara ini perlulah melihat kepada sifat-sifat kebesaran Allah.
Wahdaniah, Qadim, Baqa, Mukhalafatu lilhawadis dan Qiamuhu bi nafsihi, hanya Allah yang mempunyai sifat keagungan ini, manusia sedikitpun tidak dapat menghidunya.
Tetapi dengan sifat-sifat keagungan Allah, Dia dapat dililhat dengan Nyata dan Terang, bagaimanpun untuk sampai kepada pemahamannya yang sebenar perlukan petunjuk yang sangat halus dan seni daripada mereka yang mengetahuinya, kerana ditakuti nanti ada pula yang bertuhankan diri sendiri atau mengaku diri sebagai tuhan seperti Firaun di zaman dahulu,
na u zubillah min zalik.
Bagaimanapun apabila sifat-sifat keagunganNya itu dianugerahkan kepada salik, jadi apakah yang tinggal kepadanya?
Maka yang tinggal itu bukanlah aku dan bukanlah dia, tapi Dia, iaitu sifat-sifat kebesarannya juga yang tidak lain daripada Dia juga.
Semua telah sirna dengan pancaran Cahaya yang Gilang Gemilang, semua yang ada sekarang adalah ujud, wujud dan maujudnya.
Maka tidak perlu lagi dalil dan perumpamaan kerana semua itu telah terang dan nyata, telah terang lagi menyuluh.......

sekadar pengkongsian......