Islamic Widget

Khamis, 30 Jun 2011

IKHTILATH DALAM ALAM SIBER. (PERGAULAN)



IKHTILATH DALAM ALAM SIBER. (PERGAULAN)



Ikhtilath: pergaulan bebas lagi terlarang di antara lelaki dan perempuan bukan mahram di suatu tempat dan masa tertentu, sama ada secara tertutup mahupun terbuka.

Sebenarnya selain melalui pandangan, pertemuan dan pergaulan secara langsung, ikhtilath juga boleh berlaku MELALUI PERBUALAN. Dalam islam, seorang wanita tidak dibenarkan berbicara dengan suara lemah-gemalai, seperti suara orang menggoda melainkan terhadap suami mereka sahaja. Sebaliknya hendaklah berbicara dengan suara yang baik dan normal apabila ada keperluan syarie.

Allah SWT berfirman: ‘’Janganlah kamu melemah-gemalai suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.’’ (Surah al-Ahdzaab, 33: 32)

Apa yang dimaksudkan ayat ini berkenaan melembutkan suara adalah merujuk suara dilemah-gemalaikan atau dimanjakan seperti sedang menggoda atau seperti suara seorang isteri ketika bersama-sama suaminya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Pada hari ini ikhtilath bukan sahaja berlaku secara umum di tempat-tempat terbuka ataupun tertutup yang berlaku secara langsung. TETAPI SEIRING DENGAN ZAMAN TEKNOLOGI DAN GADJET CANGGIH HARI INI, IKHTILAT BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA SAHAJA. ANTARANYA MELALUI PELBAGAI JENIS MEDIA, PERBUALAN TALEFON, KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS), APLIKASI VIDEO, PERKONGSIAN GAMBAR DAN SEHINGGALAH CHIT-CHAT DALAM ALAM MAYA SEPERT I INTERNET.

IKHTILATH HARI INI BERLAKU BEGITU DASYAT DENGAN BANTUAN PELBAGAI PERISIAN PERBUALAN SEPERTI YAHOO MESSENGGER!, SKYPE!, DAN JUGA LAMAN-LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, FRIENDSTER, DAN SEUMPAMANYA YANG MANA PENGGUNA BOLEH BERKONGSI BANYAK PERKARA MELALUINYA.

Sehingga golongan yang tidak terlibat juga adakalanya turut terfitnah dengan sebarang penyalahan pelbagai aplikasi tersebut. Mana tidaknya, apabila masing-masing individu berlumba-lumba untuk MEMAPARKAN, MENAYANGKAN, MENYEBARKAN dan MENUNJUKKAN GAMBAR-GAMBAR atau RAKAMAN-RAKAMAN VIDEO MEREKA DENGAN PELBAGAI GAYA MEREKA TERSENDIRI UNTUK TATAPAN dan HIDANGAN RAMAI.

Entah kenapa akhir-akhir ini manusia begitu ghairah menyebar- luaskan gambar-gambar dan video-video tentang diri mereka di sana sini.Ia seakan menjadi satu hobi dan kegilaan. Masing-masing memanfaatkan semaksimum mungkin fungsi yang disediakan dari aplikasi ‘’Tag photo atau video’’ bagi mengajak seberapa ramai individu lain yang boleh dicapai dalam laman sosial berkaitan supaya sama-sama melihat dan menonton mereka.

Akhirnya tersebarlah gambar-gambar mereka dengan pelbagai aksi sama ada yang menutup aurat, terdedah aurat, separa telanjang, menggoda dan sebagainya. 

Sesiapa sahaja boleh menonton dan menatap gambar-gambar mereka. Sama ada sedar atau tidak, wajah-wajah mereka mungkin turut menjadi bahan yang dinikmati manusia-manusia yang berpenyakit dalam hatinya. TIDAK ADA LAGIKAH PERASAAN MALU DALAM DIRI MEREKA?

Selain gambar dan video, laman-laman sosial ini turut sediakan ruang sembang yang agak luas kepada sesiapa sahaja. Dari sini berlakulah ikhtilath melalui tulisan dan chit-chat di antara lelaki dan wanita. Sambil berbual mereka bergurau. Sambil bergurau, mereka mengacah dan menggoda.

Demikianlah jika perasaan malu telah hilang, apa sahaja mungkin berlaku dan bebas untuk dilakukan. Perkara maksiat sudah dianggap biasa tanpa ada rasa bersalah dan berdosa. Sampai para nabi terdahulupun pernah mengungkapkan:

‘’JIKA KAMU TIDAK MALU, MAKA LAKUKANLAH SESUKA HATIMU.’’

Apa yang paling merisaukan di sebalik itu, mereka sendiripun tidak tahu ke mana dan siapa akhirnya yang akan memanfaatkan maklumat data peribadi, perbualan, video, dan gambar-gambar mereka tersebut. Boleh jadi mungkin ada orang jahat, pendengki, perogol, mahupun penjenayah yang memerhati untuk mengambil kesempatan.

Perkara-perkara seperti inilah akhirnya mampu mengundang pelbagai bentuk fitnah dan gejala buruk tidak dijangka. Sekali gus juga mungkin membantu meningkatkan kadar jenayah sedia ada yang menjadikan kaum wanita sebagai mangsa utama.

Dari itu selaku orang-orang yang beriman dari kalangan wanita, sedarilah persoalan ini. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Ambillah petunjuk agama dalam menjaga diri-diri kalian. Tutupilah apa yang telah Allah tutupi buat diri-diri kalian. Nilailah diri-diri kalian dengan harga yang mahal. JANGAN BIARKAN DENGAN MUDAH DAN SEMURAH ITU UNTUK DIRI KALIAN DITONTON, DITATAPI DAN DINIKMATI OLEH LELAKI-LELAKI YANG BERPENYAKIT HATINYA DILUAR SANA.

SEBELUM ANDA MINTA ORANG LAIN SUPAYA TUNDUKKAN PANDANGAN TERHADAP ANDA, SEBENARNYA ANDA TERLEBIH DAHULU PERLU BERUSAHA MELINDUNGI DIRI ANDA DENGAN APA YANG TELAH DISYARIATKAN OLEH ISLAM, DENGAN TIDAK BIARKAN TUBUH ANDA DICANANG DAN DISEPAH MERATA TEMPAT.

Penulis menasihatkan, jadilah wanita Muslim yang tunduk beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana WANITA BERIMAN ITU AMAT MAHAL LAGI BERHARGA. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah SWT bagi diri-diri mereka. MEREKA MENERIMA, BERSYUKUR DAN REDHA DENGANNYA. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Oleh itu bagi mereka telah Allah tetapkan selari dengan fitrahnya. Fitrah yang lembut, lemah dan bersifat penyayang. Sebab itulah Allah memu liakan mereka dengan tugas yang dengan tinggal di rumah. Itulah tugas paling mulia dan empurna buat wanita beriman. Duduk di sisi suami dan menguruskan hal ehwal rumah-tangga dengan sempurna. Mendidik anak-anak dan mengasuhnya dengan baik. Melahirkan pejuang-pejuang agama di masa hadapan.

Hidup mereka tidak disibukkan dengan hingar-bingar dunia luar yang memeningkan. Tidak juga menarik perhatian mata kaum lelaki yang berpenyakit hatinya baik di alam realiti mahupun dunia maya. Sebaliknya hidup mereka tenang di sisi suami dan anak-anak. Diri mereka lebih selamat dan jauh dari fitnah. Mereka bebas beribadah, mendidik, menuntut ilmu dan mengurus keluarga.

Rasulullah SAW bersabda: ‘’ Seorang lelaki adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya.’’ (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab; Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya)

Rasulullah SAW juga bersabda: ‘’Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu,
Berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehrmatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, ;Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.’’ (Riwayat Ahmad).




Rabu, 29 Jun 2011

PERMULAAN PENCIPTAAN


PERMULAAN PENCIPTAAN

Assalamualaikum....

Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya.Dalam entri yang lepas aku pernah ceritakan tentang ilmu Hakikat,dan malam ini aku ingin ceritakan tentang permulaan penciptaan. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya: 
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya,
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.

 Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.
“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. (Surah Tin, ayat 15)

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah’. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. (Surah Ta Ha, ayat 55)

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. (Surah Shad, ayat 72)

 Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka:
“Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!.” 

Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.
“Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah”. (Surah Ibrahim, ayat 5)

Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah’.
Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.
Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka  mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah. Allah berfirman:
“Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)”. (Surah Yusuf, ayat 108).

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, “Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.
Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi. 
“Dan Kami telah  ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”. (Surah Kahfi, ayat 65).

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.
Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari! Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya. Berusaha dan berjuanglah. Allah memerintahkan:
“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”. (Surah Imraan, ayat 133 & 134).

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan berak. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu. Baginda  s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda s.a.w bersabda,
 “Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian”.

Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan syarikat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syarikat dan meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syarikat) bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang sebenarnya (hakikat).
“Dia alirkan dua laut, padahal kedua-duanya bertemu. Antara dua itu ada dinding yang kedua-duanya tidak mampu melewatinya”. (Surah Imraan, ayat 19 & 20).

Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui pancaindera dan deria-deria tentang alam kebendaan. Dengan cara tersebut tidak mungkin mencapai matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat dan penyembahan memerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syarikat dan makrifat. Allah berfirman tentang ibadat:
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”. (Surah Dzaariyat, ayat 56).

Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku’. Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat kepada-Nya?
Makrifat yang diperlukan bagi mengenali-Nya boleh dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupi cermin hati seseorang, menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannya sehingga bercahaya. Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan memancar pada rahsia cermin hati...............

Wasalam......sekadar perkongsian

Selasa, 28 Jun 2011

Isra' dan Mikraj


Assalamualaikum.........
sempena dengan isra' dan Mikraj aku ingin berkongsi sedikit ilmu dengan kalian semua.............
  Hakikatnya malam Isra` dan Mikraj sebenarnya ada  pertalian dengan malam Lailatul Qadar. makna “LAILAN” di sini bukannya malam (night) yang lawannya siang (day).Tetapi lebih membawa maksud GHAIBIAH (ghaib) iaitu AL-QADR (daya/kuasa) .iaitu perkara yang di isyaratkan hanya kepada RASULULLAH SAW dengan kata lain hanya Allah SWT saja yang tahu sebagai isyarat / simbolik bahawa Nabi SAW merupakan ada ‘satu kuasa’  bukan seperti manusia biasa.Itulah antara satu sebab kenapa kita perlu berselawat kepadanya, supaya mendapat pasport atau syafaat darinya suatu hari nanti.
  Keyakinan ini di tambah dalam hadis bahawa saidina Jibril AS tidak boleh mendahului Nabi ketika naik ke langit semasa Isra` wal Mikraj di Sidratul-Muntaha..walaupun malaikat dicipta dari nur (cahaya) ini menunjukkan pembuktian Allah SWT menjadikan dari Nur (cahaya ). Nabi Muhammad SAW  itu mengatasi segala makhluk lain dan manusia biasa sepertimana dalam FirmanNya : Rahmattul lil A`lamin..Nabi SAW adalah utusan dan rahmat bagi seluruh alam termasuk bumi dan langit…termasuk alam manusia dan alam sebelah (JIN).
  Oleh itu malam Lailatul-Qadr dan malam Isra`  merupakan malam doa yang paling mustajab…., jika diteliti malam 27 ramadhan adalah sama dengan malam 27 rejab yang ada kaitan dengan isra` dan mikraj yang allah membuktikan bahawa nabi s.a.w adalah utusan-Nya yang membawa rahmat seluruh alam..la ila ha illa allah muhammadurrasul lullah…. sebab dikatakan Lailatul-Qadr (???? ????? ) terdiri dari 9 huruf, dan Allah SWT  telah menyebut kata Lailatul-Qadr dalam al-Qur’an surat al-Qadr sebanyak 3 kali, maka 9 X 3 = 27 !!! 
  Dan bila diteliti dengan cermat, kita akan menemukan surat al-Qadr juga terdiri dari 27 kata :
1. Inna
2. Anzalnahu
3. Fi
4. Lailat
5. al-Qadr
6. Wama adraka
7. Ma
8. Lailat
9. al-Qadr
10. Lailat
11. al-Qadr
12. Khairun
13. Min alfi
14. Syahr
15. Tanazzal
16. al-Mala’ikatu
17. wal-Ruhu
18. Fiha
19. Bi’idzni
20. Rabbihim
21. Min kulli
22. Amr
23. Salamun
24. Hiya
25. Hatta
26. Mathla’
27. al-Fajr


Shadaqallahul-Azim

  Jadi bersempena dengan malam isra' dan Mikraj....marilah kita sama-sama berdoa dan mendekatkan diri kepadanya kerana malam ini merupakan salah satu malam doa yang paling mustajab......

Wasalam..........sekadar perkongsian



  

Isnin, 27 Jun 2011

Kehilangan Diri Sejenak


Kehilangan Diri Sejenak

Bismillahirrahmaanirrahiim.................
Macam mana hendak mulakan ya. aku sendiri pun tidak pasti.

Antara sifat manusia. Memang perlu untuk memuhasabah diri. Tidak boleh tidak. Hakikatnya, orang yang beriman itulah yang selalu siap-siap untuk merelakan hati dan jasad ditarbiyah dan menjalani proses muhasabah diri setiap hari.

ALLAh SWT punya cara tersendiri untuk menegur setiap hamba-Nya. Hanya manusia sahaja yang antara sedar dan tidak. Teguran itu boleh jadi melalui apa yang berlaku pada diri kita. Boleh jadi teguran ALLAh itu melalui apa yang disampaikan, dilafazkan, atau diperbuat oleh orang lain yang dimana kita melihatnya dan itu salah satu cara bagaimana ALLAh SWT hendak menyedarkan kita.

ALLAh memang punya banyak cara yang sangat seni.

Kadangkala Terasa Kehilangan Sesuatu

Dalam menjalani hidup seharian, kadangkala pernah terasa tidak aman, resah semacam. Terasa ada sesuatu yang belum dibuat atau terlupa. Selagi belum jumpa puncanya, maka selagi itulah hati tidak tenang. Mungkin sebab itulah orang Islam dianjurkan untuk bermuhasabah sebelum solat, selepas solat dan sebelum tidur.

Manusia sifatnya pelupa. Memang kadang-kadang lalai.

Makanya, keresahan itu menjadi tanda, bahawa ALLAh itu tidak pernah lekang dalam menjaga kita. Dan ALLAh tidak ingin kita terus-menerus melakukan kelalaian. Sungguh, perasaan ini sesuatu yang seni dan kadang kala sukar untuk ditafsir.

Kadang-kadang manusia sudah merasa cukup. Tetapi hakikatnya tidak. Bahkan memang tidak pernah cukup. Apalagi merasa cukup pada amalan. Bagaimana kita manusia biasa di akhir zaman boleh merasa cukup dengan ibadah yang telah kita lakukan? Sedangkan Nabi SAW sendiri pun sentiasa merintih dihadapan ALLAh SWT.

Aku suka membaca ayat ini,

“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata ‘Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.’ Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” – az Zumar : 49

Kita lemah kan? Selalu kufur nikmat.

ALLAh SWT cintakan manusia dan paling banyak menurunkan rahmatnya kepada manusia. Namun sering kali manusia balas apa yang ALLAh anugerahkan itu dengan kesombongan diri dan membelakang ALLAH SWT.

Padahal, jika kita tidak memerlukan ALLAh dan membelakangkan ALLAh, ALLAh tidak rugi dan lebih tidak memerlukan manusia. Tetapi apabila manusia datang kepada ALLAh dengan diri yang kotor, sebaliknya ALLAh tetap mencintai dan menjanjikan keampunan kepada manusia yang kotor itu tadi.

Lalaikah kita? Ya, memang lalai. Dan selalu sangat lalai.

Berdirilah Menghadap Tuan Punya Dunia

Apabila hati terasa semakin membatu dan jiwa semakin selalu dilanda keresahan, maka duhai sahabat, berdirilah. Angkatlah lambungmu itu. Pergi sucikan diri dan menghadap ALLAh yang Esa. Buka kalamullah. ALLAh telah janjikan, tiada amalan yang kerana ALLAh melainkan ALLAh SWT berikan ketenangan kepada hamba-Nya.

Apa yang patut manusia takutilah ialah kederhakaan dalam ketaatan kepada ALLAh. Itu berlaku lantaran selalu merasa cukup dan jarang untuk bermuhasabah. Hati yang bersih, mulai dihinggapi penyakit dunia yang memandang orang lain lemah dan rendah berbanding diri kita.

“Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin ALLAh. Dan barangsiapa beriman kepada ALLAh, nescaya ALLAh akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAh Maha Mengetahui segala sesuatu.” – at Taghabun : 11

Bagaimana ya? aku sendiri rasa malu pada diri sendiri sebenarnya setiap kali membaca kalamullah. Kadang kala ayat-ayat cinta dari ALLAh ini menampar pipi saya. Eh, bukan kadang-kadang, tapi selalu.

Dan, kadang-kadang juga tamparan itu membuat diri ini terketar. Sungguh. Mampukah kita sebagai manusia menahan seksaan azab ALLAh? Semestinya tidak. Tidak dan tidak!

“Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti laron yang beterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan…” – al Qari’ah : 1 – 5

ALLAh SWT sentiasa memerhatikan kita. Tetapi kita sering membelakang ALLAh. Dan sering kali juga hanya teringat pada ALLAh di waktu dan keadaan yang tertentu. Oh, hinanya manusia.

Siapa kita? Siapa ALLAH SWT?

Hei, kita hamba. Dan ALLAH SWT adalah TUHAN!

Kehilangan diri? Lemah? Maka, tolong saya bangkit. Anda juga kehilangan diri? Mari, kita bangkit bersama!



Semoga ALLAh merahmati.

Khamis, 16 Jun 2011

Perubahan Bulan, Matahari Suatu Peringatan Daripada Allah Swt.



ALLAH berfirman dalam al-Quran menjelaskan perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan adalah di bawah tadbir Allah. Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit, terbenam matahari serta bulan.
Firman-Nya yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah.” (Surah al-Fussilat, ayat 37)
Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, antaranya memberi peringatan supaya hamba-Nya tidak melampaui batas.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah.
“Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang di kalangan manusia.
“Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.” (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari).
Gerhana bulan adalah amaran Allah untuk manusia supaya patuh dan setia di atas titah perintah dan menjauhi larangan-Nya. Gerhana bulan adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya.
Sesungguhnya gerhana bulan akan berlaku dari tahun ke tahun sebagai peringatan Allah atas segala keterlanjuran dasar yang dilakukan sama ada disukai atau tidak kerana sampai satu ketika, gerhana bulan tidak pulih daripada gerhana dan bumi juga gerhana.
Firman Allah yang bermaksud: “Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan.” (Surah al-Qiyamah, ayat 7-9)
Mengikut sejarah, gerhana bulan berlaku beberapa kali pada hayat baginda Rasulullah SAW. Sementara gerhana matahari terjadi pada tanggal 10 Rabiulawal tahun ke-8 hijrah.
Gerhana matahari kebetulan berlaku sewaktu kematian putera baginda Rasulullah SAW iaitu Ibrahim ketika berusia 70 hari. Gerhana matahari terjadi sekali lagi pada 10 Muharam 61 hijrah sewaktu Saidina Hazim bin Ali dibunuh.

Khamis, 9 Jun 2011

Melayu oh Melayu


Melayu oh Melayu,
Penuh dengan amarah, 
Penuh dengan dendam,
Penuh dengan amalan Kurafat,
Bila hati penuh dengan dendam,

Melayu oh Melayu,
Berubah lah wahai Melayu,
Berubah lah Melayu,
Mari kita bersatu, 
Maju kehadapan. 

Melayu oh Melayu,
Usah fikirkan wang engkau wahai Melayu,
Usah fikirkan pangkat engkau wahai Melayu, 
Usah bersikap riak wahai Melayu,
Usah pentingkan diri wahai Melayu,
Usah hanya pandai berkata kata wahai Melayu.

Melayu oh Melayu,
Mari kita berfikir sejenak, 
Mahukah kita digelar sebagai pengkianat ?,
Mahukah kita digelar 'Melayu itu Layu ?' ,
Mahukan kita dibelenggu dengan slogan ' Melayu mudah lupa ? '

Melayu oh Melayu, 
Dengan apa yang kita ada,
Dengan hanya kita bersatu, 
Dengan buang sifat kotor kita,
Sudah cukup untuk mengubah dunia,

Melayu oh Melayu, 
Cukup cukup lahh,
Ayuh pegang tangan bersama,
Ayuh langkah bersama,
Mengejar mimpi yang pasti akan tiba.