Islamic Widget

Isnin, 18 Jun 2012

Rukun solat.........(sekadar berkongsi)

Assalamualaikum................

semua umat islam mesti tahu rukun solat ada 13 pekara.......tapi tahukah korang 13 rukun solat itu dibahagikan lagi kepada 3.......iaitu

1. Qalbi / Qalbu (Hati)
2. Qauli (ucapan/Bacaan)
3. Fikli (perbuatan)



Qalbi ialah rukun yang dikerjakan oleh hati iaitu
1. Niat .
2. Tertib 



Qauli ialah rukun yang dilakukan dengan ucapan iaitu1. Takbiratul ihram (Allahu Akbar)
2. Membaca Alfatihah
3. Membaca Tasyahud Akhir
4. Membaca Solawat Nabi
5. Salam



Fikli ialah rukun yang dilakukan dengan perbuatan iaitu
1. Berdiri (bagi yang mampu)
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud/salam
6. Duduk pada tasyahud akhir 



Kesimpulan :

1. Sahnya solat itu letaknya di Niat (hadirnya Qalbu / hati),
dengan Rukun)
2. Kunci Solat di Takbiratul Ikhram
3. Kekuatan Solat di Al Fatihah
4. Tulang / tiangnya Solat itu di Ilmu
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu dan sesungguhnya yang demikian itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusuk."
(QS.AL-BAQARAH : 45).



Tidak sah solatnya kalau tidak hadir hatinya atau Qalbunya.
(Hadits Qudsi)

Wasalam..........sekadar berkongsi

Selasa, 8 Mei 2012

Pengajaran dalam game Angry bird

 
Assalamualaikum ........mesti ramai kan yang minat main game angry bird dan ramai juga yang mengatakan bahawa permainan game Angry Bird adalah mengutuk Islam kerana bercampur antara benda halal dan haram. ini mungkin kerana manusia ini jarang untuk menilai sesuatu benda dari segi positif.
Cuba kita ambil yang positif dalam permainan Angry Bird

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!
Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…”
(At-Taubah 9:110)


2) Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbezasetiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya yang reti potong kayu pergi serang kayu yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat

Dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

Lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka .kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat”
(An-Nasr 110:1-3)


wassalam....................

Ahad, 6 Mei 2012

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Assalamualaikum..........
lama aku dah tak menulis di Blog ini.....Mungkin aku sibuk dengan pembelajaran.
Sekarang aku dah pun tamat pengajian aku ini selama 3 tahun  dan sedang menunggu result....jadi adalah aku sedikit masa untuk menulis........kali ini aku ingin kongsikan tentang BERSIH 3.0. sebenarnya aku minat pun dengan politik ni pun sebab aku tau, Tak kira pembangkang atau kerajaan masing-masing ada agenda untuk kepentingan sendiri , maklumlah akhir zaman. Cuma aku tetarik dengan satu post di facebook tentang BERSIH 3.0. semoga ia boleh memberi sedikit kebaikan kepada kita............



Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ?

Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat
harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan
peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari

Pemerintah ?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus

2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam

3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna

4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan

5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab

6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama

7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga

8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam.
 
Wasalam....