Islamic Widget

Sabtu, 20 Ogos 2011

Cukupkah Bila Hati Sahaja Berbicara..


Cukupkah Bila Hati Sahaja Berbicara..

Andai rindu ini bertatih lagi, kuharap biarlah ianya hanya untukMu
Jika rindu ini menarik resah, tiada lain hanya padaMu aku pasrah
Kiranya pencarian ini masih belum jua kutemui
Hanya satu kupinta ya Allah damaikanlah hati ini.....

Kembara cinta ini tidak kuharap bersemi dengan serakah
Cinta untukMu ya Rahman destinasi kasih yang masih belum terlaksana
Kasih yang diberi, cinta dicari tak sama dengan gerak geri
Hasil diperolehi, kesan melakar diri, rupanya cuma bayangan duniawi.

Kuntuman bunga pada kalam yang belum menjadi hakikat
Seri kelopak zahrah pada bibir yang bijak bertongkah sifat
Kerutan kening bertaut minta bertanyakan ia.
Tika resah sudah mulai menarik sepi
Apa harus kubiarkan kecewa meratap pergi
Moga kasih ini bisa mengikat diri
Aduan bicara hati hanyalah padaMu
Serikanlah kebun hati ini, bukan hanya di fikirku tapi juga pada redhaMu...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan