Islamic Widget

Isnin, 18 Jun 2012

Rukun solat.........(sekadar berkongsi)

Assalamualaikum................

semua umat islam mesti tahu rukun solat ada 13 pekara.......tapi tahukah korang 13 rukun solat itu dibahagikan lagi kepada 3.......iaitu

1. Qalbi / Qalbu (Hati)
2. Qauli (ucapan/Bacaan)
3. Fikli (perbuatan)



Qalbi ialah rukun yang dikerjakan oleh hati iaitu
1. Niat .
2. Tertib 



Qauli ialah rukun yang dilakukan dengan ucapan iaitu1. Takbiratul ihram (Allahu Akbar)
2. Membaca Alfatihah
3. Membaca Tasyahud Akhir
4. Membaca Solawat Nabi
5. Salam



Fikli ialah rukun yang dilakukan dengan perbuatan iaitu
1. Berdiri (bagi yang mampu)
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud/salam
6. Duduk pada tasyahud akhir 



Kesimpulan :

1. Sahnya solat itu letaknya di Niat (hadirnya Qalbu / hati),
dengan Rukun)
2. Kunci Solat di Takbiratul Ikhram
3. Kekuatan Solat di Al Fatihah
4. Tulang / tiangnya Solat itu di Ilmu
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu dan sesungguhnya yang demikian itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusuk."
(QS.AL-BAQARAH : 45).



Tidak sah solatnya kalau tidak hadir hatinya atau Qalbunya.
(Hadits Qudsi)

Wasalam..........sekadar berkongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan