Islamic Widget

Khamis, 28 April 2011

kenangan 2009.......

assalamualaikum,,,,,,,,,

kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku ketika tahun 2009 dua minggu sebelum hari raya..pengalaman ini telah sedikit sebanyak merubah diri aku hari ini..

semuanya bermula pada sehari sebelum cuti semesta..pada malam itu aku bersama dengan kawan rumah aku pergi mengikut penjaga kami (papa&mama) pergi membuat katering sempena jamuan berbuka puasa disebuah kilang kertas di banting....pada mulanya semuanya tiada masalah...sampai masa waktu berbuka puasa aku mula rasa loya dan tiada selera makan...selepas selesai majlis aku bersama kawan rumah membantu mengemas semua barang untuk dibawa balik..masa itu aku mula terasa pening dan sengal badan..beberapa kali aku temengah dan terhenti dekat tangga...kebetulan pula tempat jamuan berada di tingkat 4 memang memenatkan....selepas selesai mengemas kami pun balik....sampai di rumah kami punggahkan semua barang. pinggan dan cawan dibawa ke belakang untuk dicuci...semasa mencuci aku mula berasa tak sedap badan,,,,aku terus beritahu kawan aku dan aku terus naik ke bilik dan mandi....lepas itu mulalah aku menggigil satu badan,,,makin lama makin teruk peningnya....kawan aku pun menyuruh aku ke hospital...

malam itu juga aku dibawa ke hospital oleh kawan2 aku....lepas diperiksa doktor sakit aku mula bekurang sedikit...selepas itu kami tak terus balik ,kami pergi berjalan di sekitar banting untuk mencari rumah sewa..balik aku terus masuk tidur...

keesokan subuhnya,,aku bangun dengan sakit kepala yang amat sangat...sampai aku tak boleh bangun...sahur pun kawan aku yang bawa..naik..makanan aku...selepas sahur dan solat aku terus tebaring dan beberapa kali aku muntah...sampailah ayah aku datang untuk bawa aku balik....masa ayah aku datang aku terasa seperti berpinar dan dunia seolah-olah berpusing..pening dan sakit kepala yang amat sangat....masa itu aku cuba turun kepintu tetapi pintu pagar pula terkunci...aku cuba mencari kunci  dengan keadaan macam itu..nasib baik ada yang terjaga tolong aku bukakan pagar...aku terus pergi ke bilik dan ambil beg baju dan balik kerumah...barang lain semua aku tinggalkan...

semasa perjalanan balik ,,,beberapa kali kami berhenti ,,,seluruh badan aku terasa sakit,,,dan sampai kerumah        aku terus baring di bilik.....kemudian aku terus tak ingat apa-apa yang belaku..............aku terasa seolah-olah tidur dan mimpi yang panjang.......

sedar-sedar sahaja aku dah ada di hospital,,,,,masa mula-mula sedar aku tak boleh pun bercakap dan begerak...aku hanya boleh melihat...masa itu aku ditemani oleh ibu aku....aku tengok badan aku penuh dengan wayar dan beg....segalanya aku tak boleh nak buat sendiri...aku dah macam budak kecil dipakaikan lampin pakai buang....kencing pun pakai paip saluran...hmm ntahla

lepas 2 hari barulah aku mula boleh becakap,,,tapi bibir aku terasa merekah dan dipenuhi dengan kulit kering..aku masih tak tahu apa yang jadi pada aku...aku tanya pada ibu aku apa yang terjadi..ibu aku ceritakan semuanya....ibu bagitahu aku yang darah aku dijangkiti kuman dan sampai ke otak menyebabkan seluruh otak aku membengkak...aku koma lebih kurang seminggu......aku bernasib baik kerana cepat dibawa ke hospital..kalau lambat...hmm ntahla ...semasa di hospital aku beberapa kali discan...dan alhamdullillah semakin surut bengkaknya .....aku dah mula boleh begerak sedikit..cuma sebelah kaki dan sebelah tangan aku saja yang kurang kuat lagi....

tahun itu aku terpaksa beraya dihospital.......saat paling sdih bila ibu aku mandikan aku di pagi raya....sayu dan tersentuh rasa hati bila mendengar suara takbir....tekenangkan keadaan aku masa itu.....ntahla susah nak diceritakan....

selepas seminggu aku minta untuk keluar dari hospital sebab aku dah tak sanggup duduk di hospital selama sebulan lagi...ibu ayah aku setuju..walaupun risikonya tinggi...
pihak hospital benarkan aku balik dan aku perlu buat pemeriksaan setiap bulan sampai sekarang....

sekarang aku masih lagi sakit....aku pun dah tak macam dulu lagi boleh aktif sana sini...tangan dan kaki aku masih lagi tak kuat....ingatan aku pun dah kurang sedikt..susah nak ingat banyak benda...kesan ubat dan rawatan itu pun dah membuatkan berat badan aku naik dengan mendadak....

walauapapun aku bersyukur sangat...aku tak boleh nak bayangkan kalau aku lumpuh dan bisu seumur hidup...itu lebih menyusahkan ibu ayah aku....biarlah orang nak kata apa pun pasal aku sekarang ,diorang bukan tahu apa yang aku lalu......

pada kawan aku fendi,sidi ,dan yang lain aku nak cakap terima kasih,,,dan minta maaf
korang dah bawa aku ke hospital dan kesian korang kene cuci muntah aku kat bilik air...maaflah masa tu aku betul2 dh x larat lagi..
masa hari raya pertama....keluarga aku sume pakai baju baru aku je pakai  baju hospital........
masa ni aku baru sedar tapi aku x boleh bercakap dan begerak

dan pada ustad ishak di kajang terima kasih kerana merawat saya.....segala yang diajar akan saya amalkan...

wasalam.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan