Islamic Widget

Khamis, 30 Jun 2011

IKHTILATH DALAM ALAM SIBER. (PERGAULAN)



IKHTILATH DALAM ALAM SIBER. (PERGAULAN)



Ikhtilath: pergaulan bebas lagi terlarang di antara lelaki dan perempuan bukan mahram di suatu tempat dan masa tertentu, sama ada secara tertutup mahupun terbuka.

Sebenarnya selain melalui pandangan, pertemuan dan pergaulan secara langsung, ikhtilath juga boleh berlaku MELALUI PERBUALAN. Dalam islam, seorang wanita tidak dibenarkan berbicara dengan suara lemah-gemalai, seperti suara orang menggoda melainkan terhadap suami mereka sahaja. Sebaliknya hendaklah berbicara dengan suara yang baik dan normal apabila ada keperluan syarie.

Allah SWT berfirman: ‘’Janganlah kamu melemah-gemalai suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.’’ (Surah al-Ahdzaab, 33: 32)

Apa yang dimaksudkan ayat ini berkenaan melembutkan suara adalah merujuk suara dilemah-gemalaikan atau dimanjakan seperti sedang menggoda atau seperti suara seorang isteri ketika bersama-sama suaminya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Pada hari ini ikhtilath bukan sahaja berlaku secara umum di tempat-tempat terbuka ataupun tertutup yang berlaku secara langsung. TETAPI SEIRING DENGAN ZAMAN TEKNOLOGI DAN GADJET CANGGIH HARI INI, IKHTILAT BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA SAHAJA. ANTARANYA MELALUI PELBAGAI JENIS MEDIA, PERBUALAN TALEFON, KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS), APLIKASI VIDEO, PERKONGSIAN GAMBAR DAN SEHINGGALAH CHIT-CHAT DALAM ALAM MAYA SEPERT I INTERNET.

IKHTILATH HARI INI BERLAKU BEGITU DASYAT DENGAN BANTUAN PELBAGAI PERISIAN PERBUALAN SEPERTI YAHOO MESSENGGER!, SKYPE!, DAN JUGA LAMAN-LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, FRIENDSTER, DAN SEUMPAMANYA YANG MANA PENGGUNA BOLEH BERKONGSI BANYAK PERKARA MELALUINYA.

Sehingga golongan yang tidak terlibat juga adakalanya turut terfitnah dengan sebarang penyalahan pelbagai aplikasi tersebut. Mana tidaknya, apabila masing-masing individu berlumba-lumba untuk MEMAPARKAN, MENAYANGKAN, MENYEBARKAN dan MENUNJUKKAN GAMBAR-GAMBAR atau RAKAMAN-RAKAMAN VIDEO MEREKA DENGAN PELBAGAI GAYA MEREKA TERSENDIRI UNTUK TATAPAN dan HIDANGAN RAMAI.

Entah kenapa akhir-akhir ini manusia begitu ghairah menyebar- luaskan gambar-gambar dan video-video tentang diri mereka di sana sini.Ia seakan menjadi satu hobi dan kegilaan. Masing-masing memanfaatkan semaksimum mungkin fungsi yang disediakan dari aplikasi ‘’Tag photo atau video’’ bagi mengajak seberapa ramai individu lain yang boleh dicapai dalam laman sosial berkaitan supaya sama-sama melihat dan menonton mereka.

Akhirnya tersebarlah gambar-gambar mereka dengan pelbagai aksi sama ada yang menutup aurat, terdedah aurat, separa telanjang, menggoda dan sebagainya. 

Sesiapa sahaja boleh menonton dan menatap gambar-gambar mereka. Sama ada sedar atau tidak, wajah-wajah mereka mungkin turut menjadi bahan yang dinikmati manusia-manusia yang berpenyakit dalam hatinya. TIDAK ADA LAGIKAH PERASAAN MALU DALAM DIRI MEREKA?

Selain gambar dan video, laman-laman sosial ini turut sediakan ruang sembang yang agak luas kepada sesiapa sahaja. Dari sini berlakulah ikhtilath melalui tulisan dan chit-chat di antara lelaki dan wanita. Sambil berbual mereka bergurau. Sambil bergurau, mereka mengacah dan menggoda.

Demikianlah jika perasaan malu telah hilang, apa sahaja mungkin berlaku dan bebas untuk dilakukan. Perkara maksiat sudah dianggap biasa tanpa ada rasa bersalah dan berdosa. Sampai para nabi terdahulupun pernah mengungkapkan:

‘’JIKA KAMU TIDAK MALU, MAKA LAKUKANLAH SESUKA HATIMU.’’

Apa yang paling merisaukan di sebalik itu, mereka sendiripun tidak tahu ke mana dan siapa akhirnya yang akan memanfaatkan maklumat data peribadi, perbualan, video, dan gambar-gambar mereka tersebut. Boleh jadi mungkin ada orang jahat, pendengki, perogol, mahupun penjenayah yang memerhati untuk mengambil kesempatan.

Perkara-perkara seperti inilah akhirnya mampu mengundang pelbagai bentuk fitnah dan gejala buruk tidak dijangka. Sekali gus juga mungkin membantu meningkatkan kadar jenayah sedia ada yang menjadikan kaum wanita sebagai mangsa utama.

Dari itu selaku orang-orang yang beriman dari kalangan wanita, sedarilah persoalan ini. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Ambillah petunjuk agama dalam menjaga diri-diri kalian. Tutupilah apa yang telah Allah tutupi buat diri-diri kalian. Nilailah diri-diri kalian dengan harga yang mahal. JANGAN BIARKAN DENGAN MUDAH DAN SEMURAH ITU UNTUK DIRI KALIAN DITONTON, DITATAPI DAN DINIKMATI OLEH LELAKI-LELAKI YANG BERPENYAKIT HATINYA DILUAR SANA.

SEBELUM ANDA MINTA ORANG LAIN SUPAYA TUNDUKKAN PANDANGAN TERHADAP ANDA, SEBENARNYA ANDA TERLEBIH DAHULU PERLU BERUSAHA MELINDUNGI DIRI ANDA DENGAN APA YANG TELAH DISYARIATKAN OLEH ISLAM, DENGAN TIDAK BIARKAN TUBUH ANDA DICANANG DAN DISEPAH MERATA TEMPAT.

Penulis menasihatkan, jadilah wanita Muslim yang tunduk beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana WANITA BERIMAN ITU AMAT MAHAL LAGI BERHARGA. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah SWT bagi diri-diri mereka. MEREKA MENERIMA, BERSYUKUR DAN REDHA DENGANNYA. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Oleh itu bagi mereka telah Allah tetapkan selari dengan fitrahnya. Fitrah yang lembut, lemah dan bersifat penyayang. Sebab itulah Allah memu liakan mereka dengan tugas yang dengan tinggal di rumah. Itulah tugas paling mulia dan empurna buat wanita beriman. Duduk di sisi suami dan menguruskan hal ehwal rumah-tangga dengan sempurna. Mendidik anak-anak dan mengasuhnya dengan baik. Melahirkan pejuang-pejuang agama di masa hadapan.

Hidup mereka tidak disibukkan dengan hingar-bingar dunia luar yang memeningkan. Tidak juga menarik perhatian mata kaum lelaki yang berpenyakit hatinya baik di alam realiti mahupun dunia maya. Sebaliknya hidup mereka tenang di sisi suami dan anak-anak. Diri mereka lebih selamat dan jauh dari fitnah. Mereka bebas beribadah, mendidik, menuntut ilmu dan mengurus keluarga.

Rasulullah SAW bersabda: ‘’ Seorang lelaki adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya.’’ (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab; Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya)

Rasulullah SAW juga bersabda: ‘’Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu,
Berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehrmatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, ;Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.’’ (Riwayat Ahmad).




3 ulasan:

  1. well done !
    byk maklumat yg ada dlm blog ni..
    harap boleh teruskan lah ye melulis pelbagai artikel lagi lpas nie..
    cuma, kalau boleh..sesuatu artikel t'sebut jgnlah terlalu panjang ye..
    =)

    BalasPadam
  2. bagaimana dengan cabaran yang ditimbulkan??boleh saudari terangkan...

    BalasPadam