Islamic Widget

Sabtu, 28 Mei 2011

1 Ayat 1 Quran 1 Belia.......sebagai lambang?

Assalamualaikum...........


Hari ini telah diadakan Majlis tadarus Al-quran bersama Perdana Menteri Malaysia di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Yang menariknya daripada program Tadarus al-Quran ini ialah format dan konsep acara Tadarus al-Quran tersebut yang bagi aku adalah unik dan pelik. Apa yang unik dan peliknya? Berikut adalah format dan konsep acara tersebut:



1- Acara ini berkonsepkan 1 Ayat 1 Quran 1 Belia.
2- Acara ini menghimpunkan seramai 6,236 orang peserta belia dari kalangan NGO’s belia, pelajar IPT, sekolah menengah dan lain-lain. Bilangan 6,236 ini adalah sama dengan bilangan ayat dalam al-Quran.
3- Setiap peserta belia akan diberikan slip ayat Quran, di mana seseorang belia akan diberikan satu ayat  atau lebih . Jadi, 6,236 ayat al-Quran diagihkan kepada 6,236 peserta, bermakna seorang membaca satu ayat.
4- Taklimat penerangan akan diberikan kepada beberapa ayat khusus, (contohnya ayat yang ada bacaan Tashil dan Imalah).
5- Ada pembimbing yang akan membantu peserta melancarkan bacaan.
6- Program bermula dengan kehadiran Perdana Menteri.
7- Perdana Menteri akan menyebut “Al-Fatihah” sebagai tanda program bermula, dan peserta akan membaca satu ayat al-Quran yang diberikan secara serentak.
8- Selepas semua peserta selesai membaca satu ayat secara serentak, seseorang akan membaca “Sodaqallahul Azim”, dan diikuti dengan bacaan al-Fatihah oleh semua peserta beramai-ramai.



Sebahagian daripada peserta tadarus
Aku juga telibat dengan majlis tadarus ini...memang unik dan pelik acara yang dianjurkan kerajaan..setiap orang membaca satu ayat serentak dan tak sampai 30 minit acara tadarus ini selesai.persoalanya betulke cara tadarus yang macam ini.

Dalam sebuah hadis Rasullulah SAW :

 Nabi SAW menyuruh seorang sahabat membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam masa sebulan. Apabila sahabat itu mengatakan dia mampu lebih dari itu, baginda menyuruhnya khatam Quran dalam masa sepuluh hari. Apabila lelaki itu mengatakan dia masih mampu melebihi kadar itu, baginda mengatakan, “Bacalah dalam tempoh tujuh malam, dan jangan lebih dari itu”. (Bukhari dan Muslim).

Tadarus al-Quran ialah membaca ayat-ayat al-Quran, mentadabbur makna-maknanya, dan memahami tafsiran dan hukum hakamnya.Ini bererti tadarus yang sebenar bukannya berlumba-lumba cepat khatam al-Quran, sehingga ada ulama mengatakan makruh bagi seseorang mengkhatamkan al-Quran dalam masa kurang tiga malam tadarus sebenar ialah membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan kefahaman.

Sabda Rasullulah SAW :
 “Tidak beroleh kefahaman bagi sesiapa yang membaca al-Quran dalam tempoh kurang daripada tiga malam”. (Abu Daud dan Tirmizi). 

Program 1 Ayat 1 Quran 1 Belia yang dianjurkan Kerajaan, dengan format dan konsep berikut,memang  tidak menepati konsep tadarus yang dianjurkan oleh Islam. Kerana objektif dari acara tersebut seolah-olah hanya mahu supaya 6,236 ayat al-Quran dibaca oleh belia. Ada yang akan membaca ayat sependek “Alif Laam Miim” sahaja, dan ada yang akan membaca ayat yang paling panjang dalam Quran sepanjang satu muka.

bagi aku,kerajaan seperti ingin menjadikan acara ini sebagai satu lambang sahaja,bukanya untuk penghayatan dan pengisian untuk belia yang telibat,tambahan lagi banyak pula acara lain yang diadakan diluar masjid seperti konsert, pameran,gerai-gerai dan jom heboh.Para belia yang hadir tentu lebih tetarik dengan acara seperti ini.sama-sama kita fikirkan......




acara diluar masjid






Tiada ulasan:

Catat Ulasan