Islamic Widget

Isnin, 2 Mei 2011

penjelasan mengenai ilmu hakikat.......

Assalamualaikum...........

 Tetiba aku teringat pula dengan pensyarah aku yang bernama Encik Helmi.dia mengajar aku tentang computer programming .pensyarah ini memang lain sikit orangnya dari pensyarah-pensyarah lain..dia jarang mengajar.tetapi sangat suka becerita tentang ilmu agama.tetapi ilmu agama yang diceritanya memang lain dari apa yang selalu kita pelajari ada kalanya memang sukar untuk diterima oleh orang lain termasuk rakan-rakan sekelas aku.encik helmi ini selalu becerita tentang ilmu hakikat salah satu cabang ilmu dalam islam yang sebenarnya patut kita ketahui dan tak ramai pula yang tahu.disini aku ingin menerangkan sedikit tentang apa itu ilmu hakikat dan apa yang cuba disampaikan oleh encik Helmi .

pertama sekali aku nak jelaskan definisi hakikat......
Hakikat bermaksud apa yang sebenarnya berkaitan sesuatu perkara itu. Boleh juga dikatakan “substance “ sesuatu benda atau perkara itu. Jadi ianya ialah apakah sebenarnya sesuatu perkara itu. Ianya juga berkaitan dengan sesuatu yang asli, dan sesuatu yang kekal yang disebut sebagai hakiki atau lebih mudah sebab musabab sesuatu pekara itu terjadi.
Ilmu hakikat ialah salah satu cabang ilmu islam yang kita tahu ada beberapa cabang seperti yang kita selalu pelajari disekolah syariat,tarikat,feqah,tauhid dan tasawuf.ilmu ini banyak membincangkan tentang hakikat kejadian manusia, hubungan dengan penciptanya.ilmu hakikat juga menghuraikan terbitnya Nur Allah, siapa kita, mana yang nyata... Mengapa kita patut bersyahadah, apa itu Islam? apa itu iman? hakikat nyawa-apa itu nafas, tanapas, nupus dan ampas? apa itu tauhid, bagaimana mentauhidkan diri kepada Allah.. beriman sebenar iman ataulebih mudah ilmu untuk mengenal Allah swt .Baginda Rasullullah banyak merujuk tentang ilmu ini dalam Hadith Hadith baginda terutamanya dalam hadith-hadith qudsi.

sabda Rasullullah saw dalam hadith Qudsi 
:-

Sesungguhnya sesiapa yang mengenal dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya, dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya binasalah dirinya dan nyatalah Tuhannya.


sabda Rasullullah saw dalam hadith Qudsi :-


Sesungguhnya manusia itu adalah RAHSIAKU dan AKUlah Rahsianya. 

bebalik kepada encik Helmi tadi apa sebenarnya yang diceritakanya.sebenarnya encik helmi becerita tentang apa yang sebenarnya sedang belaku di dunia kita,konspirasi syaitan dan sistem dajal.dia juga telah menceritakan sedikit tentang ilmu hakikat seperti asal kejadian manusia dan lain adalah dari cahaya,kehidupan manusia itu bertingkat dan matlamat kehidupan manusia itu sendiri dan banyak lagi.nanti jika ada kelapangan akan aku tulis jelaskan lebih mendalam.

ilmu hakikat sebenarnya perlu difahami dengan mendalam oleh mereka yang benar-benar ingin beriman pada Allah dan bukannya yang mengkaji untuk meletakkan hukum nyata kepadanya.terpulanglah kepada yang lain untuk mempercayainya atau tidak.disini aku cuma ingi memberi sedikit penjelasan.dalam keadaan dunia kita sekarang macam-macam boleh terjadi,apa yang benar dikata salah dan yang salah itu dikata benar.kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu ini carilah seorang guru ulama yang betul-betul memahami ilmu ini kerana di masa ini kebanyakan 
ulama masjid hanya mengikut ilmu fekah sahaja... mereka boleh berubah hati dan pegangan kerana wang ringgit dan pangkat... adakalanya mempergunakan agama untuk saradiri.

sekadar pekongsian ilmu....Wasalam

1 ulasan:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam